Tips after surgery



Alhamdulilah dah setahun lebih aisyah dah selamat menjalani pembedahan tulangg belakang. Dan sekarang ni aisyah dah tak rasa sakit atau "lenguh gila gila" tu dah. Memang serius tak rasa langsung dah, bila dh sihat ni. Syukur sgt sgt.
Pada adik adik yg baru berkecimpung dlm scoliosis ni ((amboiiii berkecimpung kauu aku bahaskan hahahaha gurau2)) atau remaja remaja yg baru atau tgh ragu ragu sedih kecewa bila dapat tahu yg diri korang ada penyakit ni, sis aisyah nak pesan :


1. JGN SEDIH, JGN KECEWA, don't frust menunggeng ,  and etc. Sebab apa ? Sebab scoliosis ni bukan penyakit. Itu hanyalah sedikit "masalah" . Masalah yg dikurniakan oleh-Nya untk menguji hamba hamba-Nya bagaimana nak mengatasi masalah Ini. Masalah scoliosis. Bukan penyakit scoliosis. Salah sama sekali. Relax guys. Jgn sedih. Tapi sepatutnya korang bangga sbb korg terpilih dlm ramai ramai remaja di luar sana untk merasainya. Memang pada awalnya memang sakit. Tetapi percayalah, ada manis di sebalik sakit tersebut. Carilah kekuatan dan semangat disebalik kesakitan yg korang setiap hari rasakan itu. Jadikan sebagai pembakar semangat. Ingat , jgn terlalu humble dgn kawan kawan bila ada bonggol belakang Kita. Cool je ok ! Lagi pun apa salah nya ada bonggol di zaman muda, sbb selalu nya nenek tua je ada kan ? So kita have fun dengan kepelikkan Ini . Cewahhh !
Ingat, biarlah org nak judge pasal imej badan kita ..  diam kan aje sbb apa ? Sbb mereka tak tahu dan tak akan paham apa para scolioser lalui setiap hari. Yg penting wat lek je k


2. Please jgn skip any treatment yg doctor pakar ortho susunkan untuk korang. Jgn wujud kan perasaan takut untk berjumpa dgn doc. Please laaa, zaman moden ni ada lagi ke manusia yg takut jumpa doc ? Jgn takut doc hanya membantu korang. Kalau bukan doc yg membantu, siapa lagi yg nak bantu hang pa semua ? So please jgn jadikan takut jumpa doc sbg satu alasan korg taknak buat any treatment. Kalau alasan skip treatment pasal kos kewangan tu, korg jgn risau sebab zaman sekarang ni semua  hospital akan buat campaign atau kutipan wang sumbangan daripada masyarakat. Korg jugak bole mohon mana mana sumbangan agensi kemasyarakatan di tempat tinggal korg. Yg penting Kita usaha untk merawat scoliosis ni.


2. Jangan jugak berani skip appointment dengan doc pakar korang. Sbb apa ? Sebabnya setiap appointment korang tu bole dikatakan penting. Sgt penting . Kerana dari situlah doc akan memantau keadaan tulang belakang korg tu mcm mana. If keadaan tulang korg makin teruk atau tiada penambahan bengkok , so nanti doc akan suruh la korg buat treatment yg sesuai dgn keadaan korg tu. Dan setiap appointment korg tu mesti punyaaalah korg akan kene buat x-ray. Daripada situlah korg akan tahu, tulang korg makin OK ke atau KO . So korang rasa apa kesannya jika korg biar je kad temujanji korg tu tanpa korg datang temujanji korg ? Berbaloi ke ? Atau selesai ke masalah scoliosis korg dgn cara skip appointment korang tu? Fikir fikirkan lah.




3. Bagi korang yg doc tak sarankan buat pembedahan lagi dan masih terus kan fisoterapi tu, sila teruskan untk menerima rawatan fisio tu. Rawatan fisoterapi tu sebenarnya untk mengurangkan rasa sakit yg dialami dan juga mengurangkan tulang korang makin membengkok. 
Korang jgk bole baca di laman web ni untk baca pasal fisoterapi untk sakit tulang belakang > http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-bagi-sakit-tulang-belakang/
Rawatan yg korg terima tidak semestinya sama, bergantung pada tahap masing-masing. Yg penting sekali, jgn skip fisoterapi ok ?



4. Bagi yg akan menjalani pembedahan tak lama lagi, sis nak ucapkan semoga anda selamat menjalani pembedahan dengan baik. Yg penting just follow the way . Motivate yourself. Kuatkan semangat. Dan bagi yg beragama Islam, sis sarankan korang baca yassin before nak masuk dewan bedah tu nanti. Pandai pandai la take time . Bukan apa Kita mohon tiada berlaku sebarang komplikasi semasa dibedah nanti. Walaupun pembedahan ni, tinggi risikonya kerana melibatkan saraf tunjang so sebabtu saya sarankan anda yg beragama islam untk berdoa bagi memohon segalanya akan berjalan dgn lancar. Yang penting yakin pada Allah. Yakin pada diri. Kalau bole tatapla muka umi Kita, mama Kita, ibu Kita, mami Kita yang mengharapkan anaknya kembali pulih untk mencari kekuatan korang. Good luck guys ! Bismilah banyakbanyak.


5. Bila dah sihat atau dah lepas operation, kena pandai pandai la jaga diri. Dengar cakap doc. Makan ubat yg doc bagi sampai habis. Jangan buat sebarang aktiviti yg boleh mendatangkan bahaya pada diri korg. Minta la bantuan adikberadik korang bila korg perlukan bantuan masa nak mandi atau pakai baju. Lepas tu if korg rasa badan dah rasa sedikit kekuatan tu, korg bole la berjalan slow slow, cuba exercise.
Actually masa sis aisyah lepas operation tu, hari keempat terus ibu sis pimpin jalan sambil pakai braces for spine tu. Masa jalan masa tu rasa mcm budak budak baru belajar jalan sebabjalan guna tulang belakang baru, ewahh hahahaha. And benda tulah yg menyebabkan, sis hanya stay Kat ward ortho selama 5hari je. Masuk hari isnin pastu discharge hari jumaat. Masa tu bulan puasa pulak tu hihihi. Doc pakar pun terkejut sis dah belajar jalan masa hari ke-4 lps operation tu. So bila hari kelima tu doc kata sis dah ok dah. Kene berpantang Kat rumah pulak hahaha (( dah mcm lepas beranak pulak nak berpantang)) but actually nak ikut kan tradisi org melayu ni kalau lepas pembedahan kene berpantang, hanya makan mcm makanan org yg baru lps bersalin tu. Ibu sis kata kena jaga pantang tu sbb nak jaga luka pembedahan tu. Masa sis aritu, sis sorang je berbuka puasa dgn sup ikan haruan (( walaupun tgh berpantang lps operation tu tapi sis masih puasa tau bila dah bole discharge tu, even though sakit lagi kesan luka panjang tu. Sis makan ubat masa sahur dan masa berbuka. That's all)). Itulah menu sis masa berbuka puasa 2016 . Hahaha. Family sis yg lain semua makan ayam gorenggg la , Martabak la, tapi kene la jaga demi kesihatan sis.
Ha lupa nak share mcm mana hari ke-4 je sis dah belajar jalan, hehehe begini cerita nya.....
Ibu sis paksa sis untk belajar jalan slow slow sambil ibu pimpin sis. Sebabnya ibu sis kata "jangan diikutkan sgt rasa sakit tu" . So lepas tu terus sis tabahkan badan pergi juga belaja jalan walaupun ikut sakit tu mmg nak baring kejung je atas katil hospital lama lama hehehe . Tapi... Alhamdulilah betulaa la org kata , tak rugi klo dengar kata ibu Kita , dan eskknya terus bole balik rumah yeahhh !!!
((Ada jugak doc kata adrenalin awak la patient scoliosis yg discharge paling awal))  Im so proud of my ibu. Terimakasih ibuuuku Sayang.


6. Dan nasihat saya yg terakhir as a senior scolioser ((amboi kemain buat pangkat sendiri eh))  , korang kene dengar nasihat dari parents korg , doctor korang dan carilah maklumat tentang scoliosis ni dan kumpullah sebanyak mungkin info pasal scoliosis ni supaya korg boleh overcome benda ni.

THATS ALL !

Comments

  1. Masa awak buat pembedahan tu tulang awak berapa degree

    ReplyDelete

Post a Comment