Kisah Aku dan Scoliosis



Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera.

 Korang pernah tak dengar perkataan " scoliosis" selama ni ? Pernah ?

Ya. Aku pun selamani  tak pernah dengar perkataan tu . Yelah dalam masa zaman muda ni mana ada masa untuk slot2 kesihatan dan tak pernah sampai ke telinga perkataan tu. Tapi, nak dijadikan cerita since darjah 6 aku selalu lenguh belakang . Tapi, tahap lenguh tu bukan macam lenguh biasa . Lenguh gila gila lahh. Sakit .  Hanya Allah je tahu betapa sakitnya aku mengidap penyakit ni.
Dan pada usia itu juga aku selali bgitahu makayah aku yg aku sakit belakang dan mudah penat. Tapi yelah makayah kita fikir yg kita ni budak2 . Dan pada masa tu saiz badan aku tu kira dalam golongan "besar " la juga sbb badan aku yg tinggi dan besar. So, mak aku pun selalu cakap suruh aku kuruskan badan sikit sbb mak aku fikir badan aku besar sbb tulah aku selalu sakit. Masa tunak dekat exam UPSR pulak tu. Kerap sakit lagi2 lepas balik sekolah. Dan hanya ada satu cara untuk aku kurangkan sakit aku tu iaitu baring dan akhirnya dibuai lena. Itulah cara yg aku selalu buat. Hari demi hari dan sampailah suatu ketika masa tu kami semua tgh tengok tv satu family.

Kami adikberadik semua duduk bersila kat karpet. Hanya makayah aku je duduk atas kerusi. Masa tu makayah aku perasan yg ada bonggol dekat belakang aku tu. Belah kanan je. Belah kiri normal je. Makayah aku pun ajak aku personal masuk dalam bilik. Cek punya cek, betullah badan aku senget tak macam org lain. Bahu pun sebelah tinggi sebelah rendah. Esok tu mak aku ajak pergi private clinic dulu sebelum terus bawa pergi kecemasan dekat HosHas, Temerloh untuk dapatkan khidmat nasihat doktor dulu.

Kemudian, barulah aku dbawa pergi kecemasan. Maka, disitu aku disahkan mempunyai masalah scoliosis.  Dan doktor disitu suruh aku rujuk doktor pakar untuk rawatan selanjutnya. Balik tu aku dan ayah aku terus tanya pakcik Google tentang scoliosis ni. Maklumlah kami baru tahu tentang kewujudan penyakit sebegini. Masa tu juga aku dah kena X ray.  Memang jelas lagi nyata tulang belakang aku yg selamani aku sangka sama seperti org lain tapi rupanya lain dari yg lain. Tulang aku ni bentuk S . Sebenarnya scoliosis ni ada dua bentuk yg pertama tulang tu bentuk S macam aku la. Dan satu lagi bentuk C. Doktor kata yg bentuk C mudah dirawat sbb sebelah je.
Perbezaan tulang belakang yg normal dan abnormal

Masa doktor tu sahkan aku ada masalah scoliosis ni aku jadi blur. Apa ni ? Aku tak paham ? Kenapa aku ? Takada org lain ke? Macam2 benda bermain dlm fikiran aku. Rupanya sakit aku tu ada nama. Ingatkan lenguh biasa je. Alahai. Masa rujuk pertama kali tu aku dah form 1 dah. Awal tahun. Dan buat selepas hari tu, aku macam dilema. Masa tu aku memang taknak bagitahu kawan2 aku. Sedihlah juga masa nak terima kenyataan. Depan family aku tak tunjuk sedih aku. Bab sedih2 ni belakang punya citer la beb! Hahahahaha. Sejak hari tu aku hidup macam org lain juga. Cuma dalam sebulan tu ada la dua tiga kali kena berulang pergi hospital sbb temujanji dgn doktor pakar ortopedik. Dan sepanjang aku selalu ulang alik hosp ni baru aku faham istilah ortopedik tu ape. Ortopedik tu berkaitan hal2 masalah tulang. Takkisah lah tulang ape. Sakit tulang ikan je tak dirawat. Hahahhaahhaaha.


Dan setiap kali temujanji pasti ada Xray nya yg tercinta. Mula2 pengalaman aku  Xray buat pertama kalinya memang aku rasa leceh dan malas. Bukan ape sbb nak Xray tu kena tanggal "semua jenis pakaian" dan hanya pakai pakaian hosp je. Rantai emas belake tak boleh bawa. Yg lecehnya masa habis Xray tu, jenuh lah aku nak berlilit pula. Dahlah tudung aku nak memang selalu spoilt. Takpernah nak beri kerjasama yg baik. Hehehe. Sejak tu klo nak p hosp sbb temujanji aku akn pakai habis biasa dan taklah selekeh sgt .

Sebelum aku lupa, sejak aku dah start jumpa doktor pakar tu aku dah kena fisioterapi. Fisioterapi tu dekat hosp yg dekat dgn rumah je. Takpayh susah2 mcm nak temujanji dkt Temerloh tu. Fisio tu kerap la juga. Fisio tu juga bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit. Dan untuk fisio ni aku dah byk kali keluar sekolah sebelum waktu sekolah tamat sbb aku kena ikut masa fisio tu. Dan sejak tulah kawan2 aku ramai tnya kenapa aku selalu balik awal. Pada mulanya mmg agk berat nk buka cerita tapi, bila fikirkn balik.... arghhhh cerita jelah. Dan aku pun cerita kisah yg sebenar. Dan takramai pon yg tahu. Hahahahaaha.

Bulan demi bulan, doktor pakar ortho tu kata darjah kebengkokkan tulang aku ni semakin bertambah bila setiap kali temujnji aku buat Xray.  Dan doktor tu kata pihak hosp temerloh tu tak boleh buat dah sbb teruk sgt dah dia sruh kami rujuk hosp yg lagi besar . Antaranya yg aku ingat hosp sg buloh dan hosp Selayang. Dia sruh pilih mn2 satu. Dan ayah aku pun pilih hosp sg buloh sbb ayah aku kata ada sepupu aku jadi doktor pakar kat situ. Tak sampai setahun pon aku rujuk hosp Temerloh dah kena transfer hosp sg buloh dekat Selangor tu.
Tempat aku menerima rawatan 

Tapi Alhamdulillah ayah aku ni tabah orangnya sbb selalu setia bawa aku pergi hosp jauh2. Pengorbanan seorang ayah mmg tak boleh dipertikaikan. Gigih ayah aku bawa pergi hosp jauh2 ulang alik. Duit minyak lagi. Walaupun kami ni bukan org susah pun tapi bagi aku ... aku amat menghargainya. Dan setiapkali habis temujanji mesti mak aku tefon ayah aku tanya perkembangan aku. Aku rasa disayangi. Hahahahhaha. Walaupun bawah aku ada lagi dua org adik.

Aku start rujuk hosp sg buloh tu since aku form2 awal tahun kot. Sehinggalah aku form 3 . Doktor kata kalau nak buat pembedahan ni doktor takut tulang aku tak habis membesar lagi sbb doktor kata pada umur aku masa remaja ni tgh berlaku pembesaran so, tak boleh la h nak buat operation.  Hmmmm. Yg aku ni hari2 mendambakan penyakit aku ni pulih. Yelah tahun demi tahun. Sakitnya bertambah dan pergerakan aku pun semakin terhad. Adala juga aku menangis sbb sakit ni. Tapi tulah, aku ni depan org berlagak kuat tapi dlm realitinya.. mak aiii menangis. Bukan apa sakit. Allah je tempat aku mengadu. Hari2 aku doa moga dipermudahkan urusan aku ni. Dan tahun demi tahun juga bonggol mcm nenek bongkok tiga ni semakin besar dan ketara. Badan aku pun dah ketara senget nya. Tapi takpe aku boleh sabar lagi.
Nampak tak ada bonggol mcm nenek bongkok tiga bila tunduk

Nak tahu tak mostly aku selalu hilang keyakinan diri bila aku berdiri depan cermin. Mana taknya, tengok badan org lain cantik je, sedangkan badan sendiri pun senget benget. Tak normal. Mulalah aku malas nak melawa bila nak keluar rumah. Pakai jubah hitam pastu sarung je tudung sarung ariani aku tu. Tu je pakaian  yg sokmo aku pakai.


Pada tahun ni iaitu 2016, aku pergi lagi hosp sg buloh dan buat Xray kesekian kalinya. Pada ketika tulah aku dikhabarkan untuk menjalani pembedahan tulang belakang.  Bersyukur aku pada masa tu. Sbb dlm otak aku dah fikir hanya dgn pembedahan je aku boleh jadi mcm gadis lain. Tapi nak buat operation masa tu aku kena ikut byk prosedur. Firstly aku kena buat MRI dulu sebelum terus menjalani pembedahan aku tu. Nak citer pasal pengalaman aku mula mula buat MRI ni. Yelah selamani tengok tv je org masuk terowong bagai. Kali ni diri sendiri yg kena. Sepanjang perjalanan masa nak pergi MRI tu, aku asyik tertanya tanya macam manalah MRI tu. Macam kubur ke. Aku memang always over thinking. Hehehe. Tulah aku.


Masa MRI tu aku kena puasa pada hari aku buat MRI tu. Takboleh makan apa apa. Tapi masa tu aku ada termakan junk food adik aku sikit. Bukan apa aku terlupa masa tu. Nasib baik lepas nak buat MRI tu. Asal tak sia sia je kami datang dari jauh. Masa nak masuk dlm pintu tu hanya pesakit je yg boleh masuk tapi aku request dekat nurse tu untuk kasi mak aku teman sekali. Mujur dapat. Tapi teman smpai dekat pintu bilik MRI jelah. Takpe bagi aku. Janji mak aku teman . Dahlah mak aku dipaksa teman aku sampai kat dlm bilik persalinan.  Hahahahaha. Bertuah punya anak.

Bila dah turn aku masuk buat MRI tu, takut takut je aku masuk bilik MRI tu sbb bilik tu besar, gelap dan hanya ada cahaya lampu dekat terowong tu je. Itupun samar samar je. Ala bukan ada hantu pun. Hehehhe. Pastu aku pun baring mengikut arahan staff tu. Dia kata aku kena pakai headphone sbb nnti bunyi bising tu kuat. Nnti sakit telinga. So, aku pun just stay je dalam terowong tu sambil tray yg aku baring tu sekejap ke depan sekejap ke belakang. Macam dekat funfair pun ada gaya gak. Bila aku baring dalam terowong tu aku ingatkan pendek je. Rupanya panjang la juga. Hahahahaha. Tapi yg membuatkan aku tak tahan  duduk kat dlm tu adalah aku tak boleh gerak, kena jadi mcm patung. Alamak ! Dahlah masa tu juga byk pula tempat yg rasa gatal. Tapi aku try tahan drpd garu. Huh, terseksa tahu tak. Yg kedua , aku berpeluh duduk dlm terowong tu. Sbb aku rasa panas dia sampai ke tulang rusuk aku. Panas dia sampai basah baju hijau hosp yg aku pakai tu. Malu aku bila keluar drpd bilik tu. Hahahaha.

Tulah sedikit sebanyak pengalaman aku buat MRI tu. Aku bersyukur sbb tak semua org diberi pengalaman dan kesakitan sebegini. Alhamdulillah aku dapat dan semakin lama aku mengidap penyakit ni, semakin aku redha dengan ketentuan ilahi. Bukan ape susah untuk aku terima kenyataan yg aku sememangnya berbeza dari gadis gadis yg lain. Tapi sekarang aku dah redha. Aku pun dah semakin kuat memotivasikan diri aku setiap kali aku rasa down. Alhamdulillah. 

Bulan demi bulan, sampailah bulan 6 tarikh operation aku pun sudah ditetapkan. Dan jantung aku pun semakin berdegup laju. Timbul pula perasaan takut, risau dlm diri aku ni. Yelah siapa tak risau nak jalani major operation macam aku ni. Byk risiko. Pahala aku pun tak berapa nak cukup lagi. Ya Allah, kau berilah kekuatan pada hamba-Mu ini.


Tapi dah dua tiga kali tarikh pembedahan aku ni ditukar. Takpelah aku boleh sabar lagi. Hari demi hari aku teruskan lagi counting the days for my operation.  Hitung dan terus menghitung hari sampailah 13 jun hari Isnin aku dah kena masuk wad.
Inilah wad aku. Perkampungan aku dan mak aku selama 5 hari

Mula mula kakiku melangkah masuk


 Wad 5D iaitu wad yg telah dikhaskan buat pesakit ortopedik sahaja. Nervous aku mula mula masuk wad tu. Huh! Esoknya 14 jun hari selasa tulah tarikh pembedahan aku. Lagilah bertambah nervous aku ni. Tapi ayah aku byk kali pesan istigfar banyak banyak, selawat, jgn fikir bukan bukan, relax. Alhamdulillah ketika tu aku ingat lagi pesanan org tuaku sehinggalah aku masuk ke dalam dewan bedah hosp sg buloh.

Sebelum aku kena bedah tu memang aku dan mak ayah aku diberi taklimat itu ini. Supaya kami tidaklah tak tahu apa apa kan. Sehari sebelum pembedahan tu, macam macam aku lalui. Baru masuk wad dah banyak aku timba pengalaman. 

Start pukul 12 tghmalam aku dah start kena puasa sbb esok jam 8 pagi aku dah kena operate.  Esok pagi tu masa pukul 2 pagi aku dah kena masuk air . Terkejut aku tiba tiba nurse yg bertugas tu kejut aku. Hahaha. Subuh subuh lagi aku dah mandi. Dah siap siap pakai baju bedah. Pada saat tu aku nak ucapkan terimakasih pada ibu aku sbb tolong aku mandi. Tolong kemaskan katil aku. Tolong beri semangat pada saat saat terakhir aku nak operate.  Terimakasih ibu. Masa subuh tu aku diberi kesempatan seketika untuk aku baca Yassin dengan harapan moga Allah permudahkan urusan aku. Sayu aku baca yassin untuk diri sendiri. Ya Allah , hanya Allah saja tahu pada saat itu.

Apabila jam tiba 8 pagi, team doktor pakar yg nak operate aku tu datang visit aku. Cek laporan aku. Masa tu dah cuak dah. Lepastu, nurse panggil aku untuk ukur ketinggian aku. Nak tengok different lepas operation nanti. Dan kisah aku ini diteruskan lagi bila nurse dah start tolak katil aku untuk bawa ke dewan bedah. Masa tu aku terpaksa "cool" kan diri sendiri. Masa tu juga aku ingat segala pesanan makayah aku. Dan mulut aku tak berhenti berzikir. Takut dia bukan kepalang. Masa tu ibu aku masih setia follow nurse tu bawa aku. Masa tu aku tak mampu nak senyum dekat ibu aku. Sbb aku tengah dilema.

Dan pada saat saat aku dah nak masuk pintu dewan bedah tu, tiba tiba ibu aku kata " Ecah along cakap along sayang kat hang"
aku tahu masa tu mak aku tengah hantar gambar keadaan aku sekarang ni dekat group wasap keluarga.
Dan bila aku dengar ibu aku cakap macam tu tiba tiba air mata aku laju nak keluar. Huh! Mujur aku tahan air mata tu. Lagipun aku taknak la tunjuk keadaan aku yg "sebenarnya" pada ibu aku. Bukan ape aku taknak dia risau. Aku  nak tengok... ibu aku tengok aku dlm keadaan yg kuat.  tak lemah.

Dan bila aku dah mula masuk dewan bedah tu mak aku dah kena keluar kena tunggu dekat tempat menunggu luar dewan.
Tempat dimana mak aku setia menunggu aku

 Masa tu aku dah masuk dah dlm dewan. Aku tengok semua org dekat situ dah get ready pakai baju bedah dengan topi. Masa tu aku dah mengucap dua kalimah syahadah. Yela mana nak tahu takut takut aku tak sempat nak mengucap so, lebih baik aku mengucap dan masa tu sebelum aku dibius kan aku serahkan segalanya pada Allah. Dia yang Maha Mengetahui. Dan aku pun masa tu penglihatan aku dah hitam.

Blank ■


Aku sedar sedar tu aku rasa kepala aku sakit sangat dan badan aku tak boleh gerak. Kaku. Badan aku pun terasa sakit yg teramat sangat. Masa tu aku try tengok sekeliling.  Masa tu aku pakai alat bantu penafasan yg lekat dekat hidung tu. Hehe. Pastu disebabkan tak tahan sangat sakit dia aku try panggil org kat situ. Aku mintak bantal sbb aku rasa kepala aku sakit sgt. Pastu nurse tu kata kalau sakit tekan button wayar dekat badan aku tu nanti ubat tahan sakit tu masuk badan aku. Dan aku pun tekan ubat tu. Sebenarnya ubat tu adalah sejenis morfin. Dadah. Yg digunakan untuk hilang rasa sakit tu. Aku pun masa tu rasa khayal je bila tekan ubat tu. Mamai. Dan rasa sakit pun hilang.


Lepastu aku rasa macam katil aku ni ditolak. Macam mana tah katil aku tuh terlanggar dinding sikit masa nak keluar dari dewan bedah tu. Nak ikutkan masa tu sakit sbb katil aku terlanggar dinding, mujur masa tu aku mamai. Taklah rasa sakit. Tiba tiba aku dengar suara seorang perempuan. Dia tanya " patient yg bernama Aisyah Adrenalin Putri dah siap operation ke?" Aku dengar perempuan tu macam sebut nama penuh aku. Masa tu telinga aku jelah boleh dengar tapi mata aku tertutup masa tu. Masa tu aku tak terfikir pun suara tu milik ibu aku. Sbb aku tengah separuh sedar masa tu.


Wad GICU
Sedar sedar aku dengar ibu aku tak dibenarkan tengok aku sbb masa tu aku kat wad ICU. Penjaga tidak dibenarkan masuk. Dalam hati aku cakap sian mak aku nak tengok aku takdapat. Aduhai.
Lepastu aku dimandikan diatas katil yg sama juga. Dan pada saat saat aku baru lepas bedah tu aku kena paksa mengiring sbb nurse nurse nak mandikan aku. So takpayah nak cakap la selak aku menangis tahan sakit yg teramat amatlah sakit. Hanya Allah je tahu betapa sakitnya aku ketika tu.

Aku duduk ICU tu rasanya dua hari rasanya. Dan dari pagi,  hari aku nak operate tu kan aku dah kena puasa kan... sampailah aku masuk wad ICU seharian ... aku masih tak makan dan tak minum sebarang makanan dan minuman. Mulut aku masa mula mula masuk dewan bedah tu elok je, cukup nutrien je tapi lepas keluar dewan bedah tu terus bibir aku kering dan berkopak kopak. Hahahahha. Masa tu aku lapar gila. Yelah boleh dikatakan dua hari tak makan tak minum. Mujurlah masa tu tengah sakit, tak adalah rasa kebulur teramat sangat. 

Tapi masa kat ICU  pada ketika aku sedar sepenuhnya tu adalah juga aku terpaksa request dekat nurse yg jaga aku tu nak air sbb tekak aku dah  mogok nak air dah. Tapi masa mula mula dia kasi air tu aku rasa macam nurse tu campur dengan ubat ubatan sbbnya dah lah air tu mcm air kapur...keruh semacam je, rasa pun bukan macam air mineral.  Tapi masa tu aku minum jelah air tu, tahu tahu bila dah minum terus tertidur. Tulah aku masa kat wad ICU tidur je lepastu sedar mintak air lepastu sambung tertidur balik. Tapi, aku nak ucapkan terimakasih banyak banyak dekat nurse yg jaga aku sbbnya nurse tu officially 24 hours depan katil aku. Rasa terharu. Dahlah aku byk kali mintak nurse tolong lapkan muka aku yg kering ni. Yelah masa tu badan aku penuh dgn wayar sana sini. Dekat leher kaki aku pun ada jarum lagi. Aku tak perasan pun ada jarum kat badan aku, itupun nurse yg jaga aku yg bagitahu.

Nak tahu tak esoknya, aku masa aku dahaga tu aku mintak dekat nurse tu nak air tapi aku cakap dekat nurse tu saya nak air mineral dan masa tu aku suruh nurse tu belikan air mineral dalam botol untuk aku. Dan nurse tu pun beli untuk aku. Untuk kesekian kalinya aku terharu lagi dgn nurse tu sbb layan karenah aku. Hihihi. Tapi masa aku kat wad ICU tu aku kerap kali tersedar lepas 3 jam  lepastu sambung tertidur pula lepas lepas 3 jam sedar lagi. Dan setiap kali aku sedar aku akan tanya nurse jam pukul berapa sbbnya aku nak tunggu mak aku dtg tengok aku. Bukan apa dlm Keadaan aku masa tu aku risaukan mak aku sbb mak aku sorang je yg teman aku. Kesian ibu aku tidur kat mana pun aku tak tahu masa tu. Lagipun aku rasa hosp tak sediakan tempat untuk penjaga pesakit tidur. Kesian ibu aku, berbuka pun sorang sorang. Masa tu mmg tu je yg aku fikir.

 Actually kami org Pahang. Mak aku je yg teman dan tolong jaga aku. Yg lain dekat Pahang la. Ayah aku kena ambik cuti sbb nak kena hantar adik bongsu aku pergi sekolah nnti takde org pula nak hantar. Takkan adik aku nak ponteng. Kesian dia. Mak aku pun kena ambik cuti seminggu sbb doktor kata mmg kebiasaan pesakit scoliosis yg buat operation mmg duduk seminggu dekat wad. Haiisshh,  masa tu aku rasa serba salah dgn mak aku sbb mak aku kena iftar sorang sorang. Kalau aku kat tempat mak aku pun aku sedih. Masa tu aku hanya mampu doa moga Allah jaga dan lindung mak aku. Yela kami berdua je ada dekat sini.

So one day,  hari rabu kalau tak silap aku mak aku masuk wad ICU tengok aku. Masa tu pagi ... kiranya masa tu first time la mak aku jumpa aku lepas operation sbb mmg lepas operation tu mak aku tak berkesempatan nak tengok aku lagi.

Masa kat wad ICU tu aku memang tak boleh gerak tangan aku just stay atas perut aku je. Aku pun masa tu tak boleh lagi nak toleh kiri kanan. Tgn aku pun tak boleh angkat lagi. Sakit weyh. So pandangan aku hanya lah syiling dan lampu dekat syiling wad tu je. Masa tu aku tak perasan mak aku dtg tengok aku sbb mcm aku ckp tadi kepala aku statik dekat syiling wad tu je. Tahu tahu muka mak aku terpancul. Gembira aku jumpa mak aku. Tapi sayangnya masa tu aku separuh sedar lagi masa tu. Samar samar je wajah mak aku , aku lihat. Masa tu juga mak aku tanya aku "kenal tak ni siapa? " aku pun jawabla "ibu" "ibu" dua kali aku jawab. Masa tu takpayah nak cakap la kalau boleh masa tu aku nak cerita kat mak aku mcm mana sakit dia. Tapi masa tu aku tak boleh cakap banyak banyak sbb sakit tu masih dlm keadaan kritikal. So aku mampu diam je pandang mak aku. Takpe tengok muka ibu aku pun dh cukup. Cukup untuk hilangkan kerisauan aku semalaman.


Itulah wajah mak aku dan adik bongsu aku yg sedang menunggu ayah aku melawat aku di ICU



Lepastu, tiba tiba wajah ayah aku pula dekat syiling tu. Aikk,  ayah datang ? Ayah dtg dari jauh semata mata nak tengok aku ?? Masa tu aku memang dlm khayalan ubat morfin tu. Tapi memang betul pun ayah aku dtg tengok aku sbb mak aku inform kat wasap family kata aku dah sedar tapi masih kat wad ICU tu. 

Esok pagi tu aku di Xray sbb nak tengok keadaan tulang belakang aku selepas pembedahan.  Xray atas katil je. Yela sbb masa tu aku tak boleh gerak lagi.
Lepastu nurse yg jaga aku ckp aku dh boleh transfer ke wad biasa. Wad 5D iaitu wad yg mula mula aku masuk. 

Tu darah yang keluar dekat luka pembedahan tu

Hari demi hari, sikit demi sikit wayar pada badan aku bertambah sbb nya masa kat wad 5D tu aku demam dan tekanan darah aku rendah. Doktor kata mungkin banyak hilang darah ni. So masuk la darah 2 beg. Berselirat wayar mcm mcm. Tapi morfin tu masih ada. Ibu aku cakap masa tu pun muka dan tangan aku pucat. Sepucat pucatnya. Tapi aku memang rasa tak ada energy langsung masa tu. Terkulai je. Selera makan pun hilang masa tu. So aku mmg tak makan apa apa.
Tapi mak aku paksa juga aku makan supaya aku ada energy. Disebabkan aku ni mmg anak yg mendengar kata aku terpaksa la makan Walaupun sikit.

Masa hari khamis tu aku dapat brace. Brace tu bertujuan untuk support badan aku untuk lakukan aktiviti harian. Mmg masa mula pakai tu aku rasa sesak nafas dan sgtlah tak selesa. Tapi mak aku (private nurse aku) suruh aku biasakan pakai tu. Aku pun akur. Sampailah petang tu mak aku suggest kat aku suruh aku belajar duduk. Dalam hati aku, what ?? Belajar duduk ?? Makk aii sakit tu. Tapi mak aku suruh try juga dan sepanjang mak aku jaga aku lepas operation tu mak aku selalu ulang ayat ni "sakit tu memang la sakit tapi kenalah lawan sakit tu" "lawan sakit tu dan takkan sampai bila bila nak macam ni, kena berlatih " itulah omelan mak aku sepanjang aku lepas operation tu. 

Ya amatlah sakit dan mencabar bagi aku yg baru sehari lepas operation.  Sakit tu. Tapi mcm mak aku cakap sakit kena lawan. Baru sakit hilang. Disebabkan aku mmg anak yg solehah aku cuba kuatkan semangat untuk lawan sakit aku tu.  Mujur ada ibu aku. Penguat semangat. Asal tak jgn harap aku boleh duduk baring smpai sekarang. Masa mula mula duduk tu. Aku rasa lega sgt sbb dah test boleh duduk. Lepastu aku cakap kat mak aku nak try berdiri pula. Mak aku pun peluk la aku supaya aku boleh stabilkan badan untuk berdiri. Masa tu agak kekok tu aku berdiri. Lepastu aku try duduk dekat kerusi sebelah katil aku pula. Dengan bantuan private nurse aku , aku berjaya duduk. Tiba tiba masa tu ada nurse dgn doktor lalu sebelah katil aku. Dieorg pun terkejut tengok aku dah boleh duduk atas kerusi.  Doktor tu cakap aku good girl. Hahahaahaha. Aku mmg good girl pun. Hihihi.
Masa ni aku tengah berlatih jalan sambil pakai brace yg dekat badan aku tu

Lama kelamaan daripada aku takboleh jalan sampai lah aku boleh jalan dgn sendiri. Dan sampai lah aku boleh pergi buang air kecik besar dekat tandas tanpa perlu pakai lagi lampin dewasa tu.
Sikit demi sikit perubahan aku lakukan. Masa aku boleh duduk dan berdiri tu aku tengok mak aku mcm nak menangis sbb tengok aku dah boleh berdiri duduk.  Masa tu mak aku maklumkan berita gembira tu pada wasap family aku.

Sampailah pagi jumaat tu, memang akan ada setiap pagi ada doktor pakar bersama doktor muda segerombolan datang dari katil ke katil pesakit untuk tengok laporan pesakit dekat wad tu. Tiba di katil aku, Dr.Lim iaitu doktor pakar ortho iaitu juga doktor yg selamat bedah aku tu suruh aku mengiring untuk dia tengok luka bedah tu mcm mana. Lepastu dia tanya aku dah boleh duduk berjalan dah ke ? Aku pon cakap la yg aku dah boleh jalan duduk bagai siap boleh jalan pergi tengok tv lagi. So dia pun kata aku boleh discharge pagi ni. Yeahhhhhhhh. Akhirnya hari jumaat tu juga aku boleh balik jengka. Hehehhe.  Home sick dah aku ni.
yeahhh. Boleh balik rumah dah.

Itulah kisah scoliosis dengan aku. Panjang kan? Hmmm memang panjang. Dan banyak juga cabaran dan dugaan yg aku dah tempuhi hampir 5 tahun mempunyai masalah scoliosis.  Alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini. 30 Jun ni aku kena pergi jumpa doktor balik nak buat Xray balik. Moga tiada apa apa yg berlaku. Cuma sekarang ni aku diberi MC. 4 minggu aku tak pergi sekolah.

Lepas balik dari hospital memang aku kena makan berpantang lepastu kena makan ubat. Pinggang aku pun selalu sakit. Mak aku cakap sbb sejuk sbb tulah selalu sakit. Air peti pun aku dilarang untuk minum.  So aku berbuka dgn air panas jelah. Buah buah yg sejuk tu pun aku tak boleh makan.
Lauk aku selain lauk kering ialah sup ikan haruan. Sbb mak aku cakap ikan haruan elok untuk sembuh luka. So aku pun bersungguh makan ikan haruan tu.
Itulah dia cerita tentang kehidupan aku bersama scoliosis ni. Ya bukan mudah untuk lalui semua tu tapi Alhamdulillah berkat doa semua keluarga, kawan kawan, masyarakat sekitar.. operation aku selamat berjalan dengan lancar. Syukur!


Hidup mesti kena tabah. Kena teruskan walaupun pahit


Nasihat saya pada insan insan yg mempunyai masalah scoliosis seperti saya jangan segan silu untuk berjumpa dengan doktor pakar.  Dapatkan rawatan segera. Jangan tunggu lama lama sbbnya darjah kebengkokkan tulang belakang tu tidak akan menunggu kita. Sebelum keadaan menjadi lebih parah pergilah dapatkan khidmat rawatan.  Kepada mereka yg selalu ulang alik pergi fisioterapi tu jgn miss temujanji tu. Teruskan untuk dapatkan rawatan fisio tu.
Saya juga nak mengambil kesempatan kepada insan insan yg sudah digelar " scolioser " jangan kita segan untuk berhadapan dgn org ramai malah berbanggaah dgn diri sendiri kerana Allah pilih kita untuk diuji tahap keimanan kita. Yakin pada diri sendiri. Jangan mudah putus asa. Bersabarlah dengan ujian Allah kerana kesabaran untuk akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Cuba lah untuk kuatkan semangat walaupun apa yg saya perkatakan tidaklah semudah itu tapi, saya pun pernah lalui apa yg korang lalui sekarang ini. Saya nasihat sbb saya pun pernah lalui dan pernah rasa kesakitan yg sama. Kuat kan diri ye. Ingat doa banyak banyak jangan give up !

Semoga perkongsian coretan kisah hidup saya dapat memberi semangat dan nafas baharu buat insan insan seperti saya. Mohon maaf sekiranya saya ada tersalah bahasa atau ter "typo" . Terima kasih kerana sudi membaca kisah hidup saya walaupun saya tahu amatlah panjang coretan ini tapi itulah realiti kehidupan saya yg perlu saya lalui. Terimakasih.

Kepada insan insan seperti saya yang mahu bertanya atau mahu berkongsi cerita  bolehlah komen dibawah. In sya Allah sekiranya tiada aral yg melintang saya akan balas. Dibawah ini adalah contoh video pembedahan scoliosis.




Comments

  1. Salam nk tanya adik ada masuk plate kat tulng blkng x

    ReplyDelete
  2. Im feel ur koz im als0 sc0li0sis patient...

    ReplyDelete
  3. i feel u . i kena scoliosis bentuk c

    ReplyDelete
  4. Huhu kita sama..i kna scoliosis bentuk S

    ReplyDelete
  5. hi scoliosis i dah 40 degrees but why pakar tak proceed for operation

    ReplyDelete
  6. salam. alhamdulilah saya ucapkan pada adik. saya pun pesakit skoliosis. dah tahap kritikal. doc memang galakkan sangat2 utk buat operation. Sy berumur 24 tahun, cadang nak kahwin. tapi doc kata hold dulu utk kahwin. bagus buat operation. nnt dah kahwin, ada baby lagi risiko. so sy decided utk operation. sy ada skoliosis sama macam awak, since darjah 6. tapi sakit sy nie bukan penghalang utk sy berjaya. walaubagaimanapun, terima kasih atas perkongsian adik ye. sy takut sangat2. yelah sebb darjah kebengkokan tulang belakang sy melebihi 60 darjah. doc yg terkejut sebb sy still boleh buat itu ini. sakit tu ada.. hari2 menangis. sebab sy jarang meluahkan sakit sy dkt parents. awak doakan sy dipermudahkan urusan ya dik. mungkin sebab kos rawatan yg kami sekeluarga tidak mampu. tapi saya mohon Baitulmal, moga pihak sana dapat bantu saya. saya dh tak tahan tanggung sakit ini. Hnya Allah yg tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai? Awak da oprte ker? Awk okay tk skngg?

      Delete

Post a Comment